Tuesday, 16 February 2016

HOBI AKU SUKA BERANGAN

@#$%^&!!@

hai!!  harini aku nak bebel sebab bosan gila cuti sem menternak lemak.

aku baru perasan yang aku ni suka berangan.
tadi aku dok jenjalan kat blog orang tetiba ada terperasan orang tu up entry pasal hobi dia yang suka berangan.
eh asal macam sama .

so start throwback.

berangan aku memang wajib hari2. agak2 dalam kelas bosan aku start berangan. lagi kalau aku pergi pasaraya ke apa ke. dapat pulak catalog bnda yang aku idam2kan. sampai ke tido aku berangan. pastu sampai termimpi2.kau bayngkanlah, apek baling phamplet court mammoth, pasaraya punya sale tu pun sampai benyai krtas tu aku bawak berangan.

benyai tu sejenis macam berair, berlendir. barai. haha


dulu zaman aku skolah tggi lagi tinggi berangan aku.
aku ingat lagi zaman tu hnset android baru nak up. aku gi outing aku g kutip smua phamplet hnset kat kedai. balik outing aku baring2 sambil tu aku berangan. selalu masa prep aku dihabiskan untuk berangan telek kertas phamplet tu. setiap kali berangan mmg aku akan sampai kebulan. astronout NUR INSYIRA. clap9~~

bff aku mmg dah maklum sgt lah perangai aku sbb kitorg serupa haha. pastu zaman hostel dulu panas. kipas satu dorm kat tgh. katil melekat ke dinding. kertas phamplet tulah yg aku buat kibas2 muka. bnda tu jugak lah yg buat skop kutip habuk2 tepi katil. ko tau kan benyai camne. ha camtu lah kertas tu rupa dia.

pastu masa tu zaman nak masuk U. aku dulu skolah tggi kat JB. soo tetiap mnggu aku akan outing even aku pokai sbb kat sana sllu ade pc fair . menatang fair lah memacam aku pegi. dan masa tu boleh aku kata parttime aku pengutip phamplet. aku kutip semua phamplet laptop. sampai habis exam ko tau aku berangan. kertas tu mmg dah benyai dengan sambal melekat. sbb makan dlm dorm panas, smbil aku kipas2 smbil tu aku berangan tetiba pukkkk jatuh secubit sambal.haha tak kelako bhai.

aku ada gi JOM MASUK U. aku kutip semua phamplet even bnda tu x relate pun ngn halatuju. ckgu kat depan cakap. aku slow2~~~~~ bukak fail(ala ko tau kan pmpuan ade sejenis fail yg dia akan simpan funky things dia kat situ) then aku start berangan. agak aku bosan berangan. aku pun tidur..
haha kurangajo kan. tapi jangan la jd mcm aku. nama aku mmg femes kat klas sbb ckgu tya aku sllu x dpt jwb sbb aku berangan.

dari aku skolah rendah lg mak aku sllu bebel masa amik report card, ckgu kata masa exam math aku sllu berangan. ngok org kiri kanan pastu times up krtas aku bersih tak ternoda. haha. no wonder la aku mmg x minat math tp kat U tetiba math minat aku.

skrg aku berangan pulak nak kereta. yelah financial skrg x bagoss. so berangan lagi aku nak kereta seken jelah. aku jnis x kisah pasal penampilan asalkan aku bergaya ikut kemampuan aku. lantak kau lah seken pun layan asalkan ayam ikan aku boleh bli bnyk2 dari pasor. and masa hujan aku taklah kena tempias lecak dek kerana pemandu kereta yang bajet laju macam dah sampai finish line je gaya. apa lah salahnya lalu sebelah org bawak motor dgn jalan berair bawak slow. ni air lumpur da sinonim ngn tekak aku.

so aku berangan hari2 aku ngok mudah ngan motor trader. mak bapak aku gelakkan aku. alah, berangan je pun,bukan kena bayor. 
honda city mugen 2003/4 1.5cc auto

kereta tu liabiliti, lama lama jd besi buruk. so aku x berapa kisah asalkan kau x meragam tiap2 bulan kat aku. so mak aku kasi idea suruh berangan kreta oversea..yelah tak payah gelakkan lah. hahaa.. berangan.. kalau nak rumah mcm dato vida skali pun aku boleh berangan..

aku berangan kereta ni nak beli sport rim warna apa. nak pakai air wick ke ambi pur perisa apa. aku x tau bagai chasis, suspension, minyak gear, minyak hitam so aku campak je ke bengkel nanti.. aku berangan lagi.  pakai bluetooth melekat kat telinga tu bila org call mcm dlm tv masa drive. ahahahhh
tu lah hobi aku masa cuti sem . pemalas nak kerja, menternak lemak lepastu berangan jadi anak dato. 

maaflah bebelan aku tak ilmiah. tak membantu ummat akhir zaman pun.huhu..aku tak pandai mana tapi kalau kau suruh aku bg idea nak corak apa design apa aku boleh bagi sbb aku suka berangan. so, hobi korang sama dengan aku tak?

toodles~~